Mas Mansur: Béda antara owahan

Konten dihapus Konten ditambahkan
BeeyanBot (parembugan | pasumbang)
c →‎top: éjaan, replaced: pemerintah → pamaréntah, Pemerintah → Pamaréntah using AWB
Top4Bot (parembugan | pasumbang)
→‎top: éjaan using AWB
Larik 12:
Beberapa catatan sejarah tentang beliau menggambarkan keperibadian beliau. Ia pernah hadir dalam rapat umum dan duduk bersama-sama hadirin di tempat terbuka meskipun beliau merupakan pimpinan tertinggi dan tokoh yang disegani. Selalunya apabila dijemput ke perhimpunan atau kongres Muhammadiyah, KH Mas Mansur akan dihubungi oleh panitia samada beliau perlu penginapan khusus. Ia hanya meminta sehelai tikar dan bantal sama seperti peserta biasa serta tidur bersama mereka. ketika sedang menghadiri kongres Muhamadiyah, beliau menerima kawad (telegram) bahawa isteri keduanya meninggal dunia. Siapapun tidak menyedari hal ini sehinggalah telah selesai urusan Muhammadiyah iaitu setelah 15 hari isterinya meninggal. Ia meneguhkan hatinya agar urusan dakwah yang dipikulkan dipundaknya dapat disempurnakan tanpa mengganggu perjalanan program. Kisah ini tentu ada kesamaannya dengan apa yang dialami as-syahid Hassan al-banna yang diberitahu tentang kesihatan anaknya ketika beliau sedang menyampaikan dakwahnya. Kata beliau kepada yang membawa berita bahawa anaknya itu ada ibunya yang bolih merawatnya. Utusan itu datang lagi membawa berita yang lebih menggemparkan bahawa anaknya itu telah meninggal. As-syahid mengatakan ayah saudaranya bolih menguruskannya. Sedikit jua tidak kelihatan reaksi keresahan pada wajahnya sehingga tidak disedari oleh hadirin. Demikianlah tokoh-tokoh ini begitu meletakkan dakwah sebagai tugas yang paling penting sehingga tidak ada satu urusan peribadi yang bolih mengatasinya termasuklah urusan kematian yang membabitkan keluarga yang tersayang.
 
KH Mas Mansur juga pernah ditawarkan oleh pamaréntah Hindia BelandaWalanda untuk mengisi jawatan hakim Islam tertinggi kerana ilmunya yang luas. Mas Mansur menolak jawatan tersebut meskipun beliau ditawarkan gaji yang sangat lumayan. Bila ditanyakan mengapa beliau menolak tawaran tersebut, dia membalikkan soalan yang ditanyakan. “Apakah lebih baik baginya menjadi hakim tertinggi atau menjadi pemimpin Muhammadiyyah dan mengambil berat tentang urusan dakwah”. Pernah di satu ketika yang lain, beliau diberi penghormatan oleh perwakilan asing. Perwakilan asing tersebut menganugerahkannya seutas kalung, beliau enggan memakainya dan menyuruh agar kalung itu diletakkan sahaja di atas meja. Apabila orang bertanya kenapa dia menolak,maka dia mengatakan dia belum layak untuk menerima penghormatan seperti itu.
 
KH Mas Mansur pulang dari pengajiannya di Mesir sebagai seorang muda yang terpengaruh dengan kebangkitan Islam dan nasionalisme yang melanda Mesir ketika itu. Sebaik sahaja berada di tanah air beliau terus terpikat dengan kepimpinan Haji Omar Said Cokrominoto iaitu pengasas dan pemimpin Serikat Islam (S.I.). KH Mas Mansur juga terlibat sama dalam menubuhkan Taswikul Afkar (Taswikul Afkar kemudiannya berkembang menjadi Nahdatul Ulama). KH Mas Mansur juga bersama HOSC mewakili gerakan Islam Indonésia ke kongres Khalifah di Mekah yang dianjurkan oleh Raja Saud. Apabila SI membuat disiplin parti yang melarang ahli menyertai dua pertubuhan, maka Mas Mansur telah memilih untuk berada dalam Muhammadiyyah. Pada tahun 1937, Mas Mansur adalah di antara tokoh penting menubuhkan MIAI. Oleh kerana MIAI tidak mempunyai tujuan-tujuan politik melainkan sebagai satu front untuk mempertahankan aqidah dan kesatuan umat Islam yang seringkali diancam oleh dasar-dasar penjajah, maka Mas Mansur dan tokoh-tokoh yang lain telah mendirikan PII (Parti Islam Indonésia).
 
Pendudukan Jepun merupakan period yang paling menguji umat Islam. Jepun dalam rangka untuk mempengaruhi rakyat pribumi yang dijajahnya untuk bersama memperjuangkan gagasan ‘East Asia Co-prosperity Sphere’di bawah Pax Japonica (hegemoni Jepun) telah mengambil langkah drastik mengharamkan semua pertubuhan. Bagaimanapun mereka menyedari pendekatan ini hanya menimbulkan penentangan dari rakyat tempatan. Setelah menyedari kesilapan ini Jepun membenarkan beberapa pertubuhan Islam termasuklah MIAI dan Nahdatul Ulama. Mereka berusaha untuk mempengaruhi golongan kiyai (agama) supaya menyokong kemakmuran bersama di bawah naungan Jepun. KH Mas Mansur adalah di antara ulama yang berada dalam dilema kerana terpaksa menyatakan sokongan demi menjaga keselamatan umat. Namun hatinya seperti dirobek-robek apabila Jepun terus mengambil sikap menzalimi rakyat dan memenjarakan ulama. Kesan dari pertentangan jiwa yang amat mendalam ini akhirnya menyebabkan beliau menderita sakit. Ketika rakyat Indonésia mempertahankan kemerdekaan Indonésia dari BelandaWalanda dan pihak berikat yang kembali setelah kekalahan Jepun dalam perang pasifik, KH Man Mansur meninggal dunia pada 24 April 1946.
 
Ketika perginya KH Mas Manksur, Jenderal Sudirman yang sedang berjuang mempertahankan kemerdekaan Indonésia dari kembali dijajah oleh BelandaWalanda dan pihak berikat setelah kekelahan Jepun, telah melakarkan kata-kata takziah. “ Saya merasa kehilangan seorang ayah, seorang pembimbing dan seorang pemimpin. Saya merasa terhutang budi. Hutang budi yang saya bayar dengan satu janji serta tekad: Kami keluarga tentera semua akan meneruskan perjuangan kita, melaksanakan tuntutan Pamaréntah (Indonésia merdeka) dan rakyatnya, iaitu kemerdekaan penuh”.
 
Hafidzi MN